MUDAH... CARA MERAWAT DAN MENGHILANGKAN PENYAKIT KULIT ... KURAP DAN PANAU

Okay so untuk post kalini , aku nak share sikit cara nak hilangkan penyakit kurap atau panau. Penyakit kulit ni nampak macam tak serius tapi amat memberi kesan dekat keyakinan dalam segi penampilan seseorang itu. Berdasarkan pengamalan aku , pelbagai cara yang aku telah gunakan untuk hilangkan penyakit ini. Cara tradional pun dah cuba. Ubat doktor dan farmasi pun dah cuba. So kesimpulan yang boleh aku buat, kalau nak hilang cepat pergilah jumpa doktor, nanti dr akan bagi ubat sapu dan ubat makan. Pendapat aku, ubat makan ni paling bagi kesan, sebab dulu pernah try guna ubat sapu saja, tapi kesan dia macam tak memberangsangkan. So pergilah jumpa dr ,mintak ubat makan sekali, harga dia pun kalau tak silap dalam rm50(dekat klinik yg aku pergi tu, kerajaan lagi murah kot). Tapi lepas setahun penyakit tu datang balik dekat tempat yang sama, so aku dah malas nak pergi beli ubatt dr semua tu sebab macm mahal bagi aku. Aku cuba laa guna ubat tradisional pulak.

Untuk cara tradisional pulak, banyak cara yang aku jumpa dekat google ni. Guna daun itu laaa buah itu laa bawang putih semua. Banyak yang aku pernah cuba tapi kesan dia macam tak menjadi dekat aku. Aku pernah cuba guna bawang putih, sebab orang kata bawang putih ni elok untuk merawat penyakit kulit ni. Cara ni bagi aku , kalau kulit korang rasa gatal sangat letak bawang putih ni memang puas rasa dia, tapi aku tak berapa syorkan sebab bagi aku ,tempat yang kene penyakit tu akan jadi macam luka sikit and ada selaput(maybe kesan bawang putih tu kot), dia sakit sikit, tapi kalau korang dah gatal or tak selesa sangat tu boleh laa guna cara ni.

Image result for bawang putih

Okay aku ajar sikit cara nak buat dia, amik dalam satu atau dua ulas bawang putih tu, lepastu korang tumbuk sampai hancur dan ada keluar air dia, air dia tu yang kita akan guna kan (nama air tu aku tak ingat ) then letak dalam bekas dulu, biarkan cecair dia keluar dulu, (kalau aku dulu letak garam sikit sbb rasa gatal ), lepas rasa macam dah ada cecair tu ,sila lah sapu dekat tempat yang ada penyakit tu. Kesan dia mmg korang boleh rasa lepas tu and bau dia pun memang tak boleh bawak bincang, memang kuat. Disarankan buat dekat tempat yang terbuka atau dalam bilik air kaa, jgn buat dlm bilik nanti satu bilik bau bawang haha. 

Cara tradisional kedua yang aku rasa menjadi jugak, guna cuka epal. Cara ni pun bagus jugak tapi still ambil masa untuk hilang sepenuhnya.

Image result for cuka epal

Cara dia mudah je, kalau nak sedap letak dlm peti sejuk dulu cuka epal tu ,nanti masa sapu rasa sejuk je dekat badan . Amik kapas or tisu untuk sapu dekat kulit. Kalau aku guna tisu facial muka tu, depends dekat masing2 nak guna yang mana. Before korang sapu tu, pastikan kulit kering dulu semua, mandi dulu bagi bersih badan, Lepas dah sapu ,contoh dekat badan, biarkan dia kering dulu, jangan pakai baju terus, tunggu dalam 5-10 minit, rasa macam dah tak basah, barulah boleh pakai baju. Bau cuka epal ni pun agak kuat (bau masam) so carilah tempat yang sesuai.

Sebenarnya banyak lagi cara yang aku pernah cuba ,tapi semua macam tak berkesan je(dekat aku), so terpulanglah masing2 nak guna cara yang mana. Penyakit kulit ni berpunca sebab badan kita kotor , mandi tak bersih, banyak berpeluh dan tak tunggu badan kering dulu terus mandi. So untuk jaga dia korang gunalah berus badan tu, kasi kulit2 mati tertanggal sbb tu punca penyakit kurap n panau ni. InsyaAllah tubuh badan kita akan sihat sentiasa dengan izin Allah. Aminn.

Okay tu jelaa yang aku nak share dekat korang pasal cara nak hilangkan penyakit kulit ni, aku paham memang tak selesa kalau kena penyakit ni, so sama2 lah kita berkongsi pengalaman masing2 untuk memudahkan urusan orang lain :) .

Kalau korang rasa info ini bermanfaat, minta tolong doakan supaya kita semua dipermudahkan segala urusan , murah rezeki dan sihat tubuh badan selalu. Aminn.


Comments

Popular posts from this blog

MUDAH..CARA TUKAR NO TELEFON ONLINE BANKING -CIMB

PENGALAMAN KU DI INSTITUT MEMANDU IMKEDA ( PART 1 )

PENGALAMAN KU DI INSTITUT MEMANDU IMKEDA ( PART 2 )